Sunday, July 19, 2020

SEMANGAT

Selamat Pagi Ladies 💕 tetap semangat ya! 😘
.
.
#notahatifidarina

Sunday, July 12, 2020

MENJADI KAYA

Menjadi kaya bukan bermaksud tamakkan dunia, tetapi untuk memudahkan kita membuat amal kebaikan, sedekah, haji, umrah, siapkan pendidikan dan masa depan buah hati kita, semoga Allah melapangkan rezeki kita semua terutama yg baca ni 😘💕
.
#notahatifidarina

Saturday, March 23, 2013

MY BABY DEVELOPMENT - 33 WEEKS :)

Alhamdulillah baby dah masuk 33th week.
"Ya Allah jagalah anak dalam kandungan ini, berilah ia kesihatan. Sesungguhnya Engkaulah Dzat Yang Memberi Kesihatan, tiada ubat selain dari-Mu; Kurniakanlah kesembuhan yang cepat dan tidak meninggalkan penyakit. Engkaulah sebaik-baik Dzat untuk meminta.
 Ya Allah, peliharalah ia dari keguguran, kekurangan, kecacatan, keretakan dan bentuk yang buruk sampai akhirnya ia dilahirkan dalam keadaan sihat wal'afiat, mudah dan lancar, tanpa kesakitan, kepayahan dan kesulitan dengan syafa'at junjungan besar Nabi Muhammad SAW.
Ya Allah, keluarkanlah ia dari kandungan ini ketika tiba waktunya denngan mudah dan selamat tanpa ada halangan.
Ya Allah, jagalah anak yang Engkau keluarkan dari dunia yang gelap (alam rahim) ke dunia yang terang. Semoga Engkau jadikan ia seorang anak yang sihat badannya, indah bentuk tubuhnya, baik parasnya, suci jiwanya, sempurna, berakal, mulia akhlaknya, fasih lisannya, cerdas, 'alim, mengamalkan 'ilmunya, membawa barakah, menebarkan manfaat dan menjaga firman-firman-Mu yang mulia, bagus suaranya kerana membaca al-Qur'an dan hadith Nabi SAW.
Ya Allah, jadikan ia anak yang bermanfaat bagi kami di dunia dan Akhirat, catatlah ia ke dalam golongan ulama yang soleh, para penghafal al-Qur'an yang ahli mengamalkan kandungan al-Qur'an dan menuju syurga bersama para anbiya, wahai Dzat Yang Maha Mulia dan Pemurah dan sebaik-baik Pemberi Rezeki; dengan kedudukan Nabi Muhammad SAW dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam."

Wednesday, February 20, 2013

BUAT KANDA


Buat Suami ku Muhammad Mu'izzuddin Abdullah,

Bismillahirrahmanirrahim. Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh

Habibi ku syg.. Terima kasih dinda ucapkan kepada kanda yang sudi menerima dinda sebagai yang halal buat kanda, menjadi teman hidup kanda sampai ke syurga.

Dalam waktu singkat perkenalan kita..menempuhi segala suka dan duka..meniti segala cabaran bersama..menghirup segala kegembiraan bersama..indah dan sempurna melayari bahtera percintaan....bagaikan tiada kesudahan cinta antara kita.."

Lafaz ijab berserta kabul tersemadi indah dalam kotak memori..janji terpahat dua hati dalam melaksanaka kewajipan sebagai Khalifah Allah...menuntut keredhaan ilahi dalam mengikuti sunnah rasullullah..ikatan perkahwinan yang teguh..dicorakkan dengan kasih dan sayang..masa dan harta melimpah ruah..biarlah bukan kuantitinya yang dikira..kualiti cinta galang gantinya"

Tiada hari ku lalui penuh sunyi..tiada hari ku tempuh dalam menyesal..kerana hariku dipenuhi cinta dan sayang kepada mu wahai kanda..kerana syukur itu indah buat dinda terus semangat membina keluarga kita.."

Buat habibi ku..diri ini secebis dari rusuk mu..untuk dilindungi dan disayangi..dinda bahagia berada dekat dihatimu..dilindungi rusukmu..hanya mampu terucap..dinda cinta, dinda  sayang, dinda bersyukur dengan adanya kamu!"