Wednesday, February 20, 2013

BUAT KANDA


Buat Suami ku Muhammad Mu'izzuddin Abdullah,

Bismillahirrahmanirrahim. Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh

Habibi ku syg.. Terima kasih dinda ucapkan kepada kanda yang sudi menerima dinda sebagai yang halal buat kanda, menjadi teman hidup kanda sampai ke syurga.

Dalam waktu singkat perkenalan kita..menempuhi segala suka dan duka..meniti segala cabaran bersama..menghirup segala kegembiraan bersama..indah dan sempurna melayari bahtera percintaan....bagaikan tiada kesudahan cinta antara kita.."

Lafaz ijab berserta kabul tersemadi indah dalam kotak memori..janji terpahat dua hati dalam melaksanaka kewajipan sebagai Khalifah Allah...menuntut keredhaan ilahi dalam mengikuti sunnah rasullullah..ikatan perkahwinan yang teguh..dicorakkan dengan kasih dan sayang..masa dan harta melimpah ruah..biarlah bukan kuantitinya yang dikira..kualiti cinta galang gantinya"

Tiada hari ku lalui penuh sunyi..tiada hari ku tempuh dalam menyesal..kerana hariku dipenuhi cinta dan sayang kepada mu wahai kanda..kerana syukur itu indah buat dinda terus semangat membina keluarga kita.."

Buat habibi ku..diri ini secebis dari rusuk mu..untuk dilindungi dan disayangi..dinda bahagia berada dekat dihatimu..dilindungi rusukmu..hanya mampu terucap..dinda cinta, dinda  sayang, dinda bersyukur dengan adanya kamu!"

No comments:

Post a Comment