
Duhai Hati,
Usahlah Dikenang
Pada yang bukan milikku
Terima lah hakikat hidup ini
Bangkitlah kembali
Bina kekuatan
Jana kekentalan
Pasrah pada takdir
Dia milik insan lain
Duhai Jiwa
Kembali lah pada Ilahi
Jangan diturut kata hati
Carilah penawar kelukaan ini
Sedar dan insafilah diri
Tak ke mana hidup ini
Di akhirat jua tempat kembali
Yang Kekal Abadi
Wahai Setiap hati yang sentiasa diperhati
Sentiasalah melaraskan kedudukan hatimu di landasan iman dan taqwa
"Iaitu orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan
mengingati ALLAH ingatlah hanya dengan mengingati ALLAH hati akan
menjadi tenteram" (QS AR-R'ad:28)
No comments:
Post a Comment